25 October 2011

Jalur Gemilang

SEJARAH JALUR GEMILANG KITA

SEJARAH JALUR GEMILANG KITA
Tahukah anda bahawa Jalur Gemilang telah direka oleh seorang bekas penuntut MSAB (EC) pada tahun 1949?
Beliau ialah Tuan Haji Mohamed bin Hamzah yang juga merupakan bekas Arkitek di JKR dan Kerajaan Negeri Johor.
Lebih membanggakan beliau ialah bekas warga pelajar MSAB (EC)! Sila klik pada link1,
link2, dan link3 untuk fakta selanjutnya. Oleh itu warga MSAB (EC), marilah kita berdiri megah sebagai Bangsa Malaysia yang gah merdeka di bawah Jalur Gemilang! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Lagu Sekolah

Lagu Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB)
Lagu maktab mula diperkenalkan dalam tahun 1969.
Liriknya telah ditulis oleh Encik Yusof bin Karto.
Lagu ini digubah oleh Encik Lim Tech Siang.
Lagu Maktab dinyanyikan buat pertama kalinya pada Hari Ucapan 1969 (21 Mei1969).
Berikut merupakan lirik lagu maktab:
 
Kepada sekolah kami tetap ingat,
Hati gelora penuh semangat,

Segala didik kami hargai sangat,
pelajaran baik disambut hangat.
Di bilik darjah kami sungguh belajar,
Ilmu pengetahuan kami kejar,
Sukan dan permainan kami pun diajar,
Kegiatan sekolah bersejajar.
Kami bergerak dengan berbesar hati,
Saling menolong dan menghormati,
Tatatertib, peraturan diikuti,
Tugas, janji semua ditetapi
Kami menjunjung cita-cita negara,
Hidup sama satu bersaudara,
Miskin dan kaya tidakkanlah dikira,
Satu padu berazam setara.
(CHORUS)
Wahai Maktab Sultan Abu Bakar,
Namamu tetap terkenal,
Kepada Negara kau berjasa,
Hiduplah kekal abadi.

Gambar

Blok A




LOGO, Visi dan Misi MSAB




 
Kuning        :     Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Hijau           :     Kesucian
Motto          :     Usaha dan Jaya
Bunga Padi :     Kerjasama dan persefahaman yang erat dalam kalangan
                          warga EC dengan harapan EC terus gemilang seperti
                          rasmi padi

                Visi & Misi Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB)

                                    VISI MSAB
           Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang 

                                    MISI MSAB
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti