PIBG dan Pengetua serta seluruh warga MSAB(EC) sedang menjalankan usaha menyediakan persiapan menyambut EC 100 tahun (2014). Pihak kami sedang berusaha mengumpul dana sebanyak RM1.5 juta untuk menampung kos 17 program yang akan dilaksanakan disekolah bagi menepati Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi. Oleh itu, kami menjemput semua bekas-bekas pelajar EC untuk menyertai program ini seperti berikut: | |||
Mendapatkan maklumat dari laman web EC | |||
Mengisi borang yang disediakan iaitu Borang Maklumat Ex-Student Maktab Sultan Abu Bakar (EC) dan dihantar mengikut alamat yang telah disediakan. | |||
Mengambil bahagian dalam memberi cadangan yang terbaik untuk mengadakan sambutan Menjelang EC 100 Tahun(2014). | |||
Memberi sumbangan idea / wang ringgit / atau apa juga yang sesuai untuk keperluan sekolah kepada pihak kami sepanjang ‘road show’ diteruskan. | |||
Membantu mendapatkan sumbangan dari mana-mana syarikat. Pihak kami sedia untuk menemui syarikat-syarikat berkenaan jika diminta berbuat demikan. | |||
Segala urusan yang berkaitan dengan pengecualian cukai pendapatan akan kami uruskan dengan Ex-Student yang memerlukan atau dengan pihak syarikat berkenaan. | |||
Semua Ex-Student EC yang membantu sambutan Menjelang EC 100 Tahun (2014) akan direkodkan mengikut kategori seperti berikut: Mempamerkan nama atau nama syarikat di papan pameran didewan MSAB yang baru. Merekodkan dan mendekumentasikan di dalam sebuah buku khas ( Menjelang EC 100 Tahun ) Memberi sijil penghargaan yang disampaikan didalam satu Majlis Khas dan di Majlis kemuncak Menjelang EC 100 tahun (2014). Memberi surat penghargaan kepada semua Ex-Student Ec yang member sumbangan kepada MSAB. | |||
Semua Ex-Student EC bolehlah melayari laman web kami seperti berikut : www.fp.utm.my/MSAB/index1.html | |||
Kami akan memaparkan iklan dan berita-berita aktiviti Menjelang EC 100 tahun dari masa ke semasa melalui media tempatan ( Berita Harian, NSTP dan Utusan Malaysia) | |||
Moto PIBG MSAB ialah “ Pelajar Didahulukan, Kualiti Diutamakan”. | |||
17 Program/Aktiviti Menjelang EC 100 Tahun (2014) | |||
Menubuhkan kelas intensif Bahasa Inggeris | |||
Projek cyber cafe dalam sekolah | |||
Membina laluan (susur gajah) untuk laluan pelajar | |||
Wakaf tempat menunggu bas atau menunggu ibubapa | |||
Membangunkan sistem video kenfrensi | |||
Sistem networking di bilik darjah | |||
Kos membiayai jurulatih profesional dalam bidang sukan | |||
Naik taraf Dewan Sri Budiman sebagai sebuah auditorium | |||
Naik taraf kantin sebagai cafeteria | |||
Membina mercu tanda MSAB | |||
Membangunkan laman web PIBG MSAB | |||
Membina prasarana di blok tingkatan 6 | |||
Perpustakaan yang konduksif | |||
Pusat ko-kurikulum sekolah | |||
Taman Rekreasi | |||
Sistem CCTV yang lengkap | |||
Hawa dingin di bilik darjah |
25 October 2011
EC Menjelang 100 Tahun
Labels:
Pemberitahuan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment